Treasures
Home About Stories Twitter Follow Dash

owner


" Be free to fly away from the madness "

Talk to me


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

I Hate You 11
Sunday, October 30, 2016 • 3:21 PM • 0 comments




Prang!


Prang!


Dan serentak itu ramai yang lari lintang pukang. Apakah ini? Hujan pasu? Dahi dikerut. Mata mencari-cari perempuan yang berupa serabai macam... eh nak kutuk lagi ke Romeo? Kepala digelengkan. Haish! Mana minah ni? Mati ke? Hah... “A....”


“Kakak.”


...ya. Pandangan dihalakan keatas. Kakak?



Farah my darling... baby boooo” Reen melambai sebelah tangannya. Sebelah tangan lagi sibuk pegang pasu. Dia tersenyum lebar. Meriahnya upacara ni. Kecoh satu sekolah menyambut kedatangannya. Aww....! Terharunya.... Mengapa begitu meriah. Dia melambai tangan ala-ala miss world. Serious meriah! Kaca berderai-derai. Bhahahahaha

“How are you doing, my darling?” dan pasu ditangan dicampak.


Reaksi Romeo? Hmm... don’t bother. Because i think this is pretty normal. The fact that i am now in this weird school of whatsoever, is far more weirder than everything else. And.... mata memandang Aya. The hell dia ada kakak pula? Kepada writer tolong berhenti mengarut! You made my life miserable. Dush dush.


____________________________________________________________________________

“So i heard that you got yourself a boyfriend?” Reen memandang Romeo. Romeo angkat kening. What? Reen senyum segaris. Handsome takpe. “Aww... Aya dont give me that look!”


Romeo angguk dua kali. Yes Aya, those creppy..


“Why so cute?! Awww.....” mulut dimuncungkan. Gedik. Ya! Dia memang gedik. Dan dia bangga dengan fakta itu. Gedik dan dia adalah kawan baik sejak azali. Any arguments?


Cute? Kepala disandar kebelakang. Part mana weh?


“And i guess you..... er... mr..”


“Romeo Akashah. Romeo is fine.”


“Yah.... Seman. Kau mesti jatuh cinta sebab dia comel sangat kan?” dia kembali menggesel badan ke badan Aya. Macam kucing miang, macam tulah rupanya. Dua belah tangan memeluk Aya. Walaupun Aya hanya stay macam patung, tapi dia dah biasa. Ala... Aya dengan patung kan kawan baik, nak hairan apa?


“Er... its not Seman. Its Romeo Akashah.” Senyum paksa.


Reen tersenyum lebar. “Yeah I know right. Seman. What a beautiful name.” Mata dikelipkan. “Really.”


“Yeah...” Nafas dihembus. “Of course.” Just one word Romeo... Give up!


“So, tell me, what about her that you like so much?”


Okay..... Patutkah dia jujur sekarang? Yang dia hanya memandang Aya tak lebih daripada seorang pontianak. Tiada part yang 
comel ataupun cute. Yang ada hanya rambut serabai, selekeh dan serious Aya busuk! Eventhough, he did admit it, that girl captures his attention. But hey! I am just curious. Dan lepas dia pandang ‘Kakak’ Aya ni, dia lagi curious. Tak tipu, Kakak Aya memang lawa. Stylish. And she have all the praise and looks except for that craziness. And plus, I th..


Bang!


“Argh!” Romeo mengurut dada. Pebende pulak ni.


“Woi Seman! Kau okay tak?”


Dia mengangguk laju. “Yes. Okay. Just fine.” Yang tak fine tu kau je. Gila betullah...


“So?”


Sengih kambing. “The part of her that...hmm..” dia membuat isyarat tangan. Reen mengangguk laju. Tak sabar. Romeo tarik nafas. Nampaknya karangan jujur dia tu, terpaksa dilupakan. Nak tipu apa ni?


“He hate me. And so do I.” Tangan Reen yang daripada tadi asyik memeluk Aya terhenti. “Kakak you dont have to bother him anymore. He is nothing but a stranger, alright?”


Mata Reen terkebil-kebil memandang muka tak-ada-perasaan Aya itu. Dan...


“Hahahahahhahahhaha......” Dia ketawa terbahak-bahak. Mentang mentanglah kafe ni sunyi, sesuka hati dia aje nak buat apa. Makcik yang tengah mop lantai itu cepat-cepat melangsaikan tugasnya. Gelak mengalahkan apa!


Romeo hanya memerhati. Yelah dia nak buat apa lagi? Yang pasti dia tahu bahawa, “the whole family is a pontianak....” nafas dihembus perlahan.



Bagi Aya, dia memang sentiasa tak faham dengan Reen. Tapi yang dia tahu, Reen memang ceria. Terlebih dan kadang-kadang dia rasa macam nak smackdown je. Gedik terlebih. Tapi, apa boleh buat. Reen kan memang macam tu. Pasrah.


“Why so serious, girl?” dia meredakan sisa tawanya. Tangan kanan mengesat air mata. Air mata apa? Hmm kalau dah gelak macam tu, memang berairlah mata jawabnya. “ Seman, you guys have my restu. Seriously, jaga dia baik-baik. Aku mungkin.. er... bukan mungkin, tapi memang! Memang aku gedik, tapi setakat ni bila belasah orang semuanya asyik nak masuk ICU, tak tahulah kenapa.” Senyuman manis dia dermakan.


And yeah of course... Nafas dihembus. The whole family is a gangster. Tapi.. “Er... Can I ask you something?”
Reen angguk.



“Between you and her...” Mata jeling sekilas kepada Aya. “which one is stronger?”


Reen angkat kening tinggi. “Well....” Dia bangun dari kerusi. Lengan baju ditarik keatas.Satu dua tiga! Bummmm!


Mata Romeo terbuntang. Gulp.


“But that one is just a warm up.” Senyum segaris. Kembali duduk dan menggedik sebelah Aya macam tiada apa yang berlaku.
Romeo tersengih. “Yeah Of course!” Air yang tadi langsung tak berusik diambil. Laju dia sedut minuman itu. Mata memandang lantai yang dah retak teruk. Kan aku dah cakap diorang ni bukan manusia....


___________________________________________________________________________________________________


Kepala diurut. Mata asyik merenung siling. Walaupun kini dia sedang baring kat tilam empuk, tapi badannya seakan tidak merasakan apa-apa. Mungkin dek terlampau terkejut.  Seriously, banyak kejutan dia terima hari ni. Dengan denda, hujan pasu, orang menjerit, dan tiba-tiba si pontianak tu ada kakak pula. Dia menghebus nafas panjang. Walaupun tiada falsafah mengenai lelaki insan yang lemah, tetapi kini dia terasa dirinya lemah. Yelah, kalau nak banding dengan  Kakak Aya yang boleh tumbuk lantai sampai retak teruk macam tu.... Dia menggenggam penumbuknya. Mata melihat setiap inci penumbuk. Kepala digelengkan. Sadis Romeo... “RO.ME.O” Bantal kecil diambil dan dicampak diatas mukanya. Dan, dia juga dapat nama baru... Bantal ditarik. “Se. Man.”  Mata dijulingkan.


Bzz..Bzz...


Vibration Iphone 6 nya mengembalikan Romeo ke alam nyata. Mata memandang sekilas kearah skrin. “Mummy?” Pantas dia jawab panggilan itu.


“Sesungguhnya ku cinta.... Oh Kusayang padamu.... Walaupun jauh tapi dekat dihati Ohhhhhhhhhhhhh...uhuk uhuk..” Joe mengurut tekaknya. Tiba- tiba malam ni suara dia bunyi macam katak pula. Selama ni dia dengar macam sedap aje. Kepala digaru. 
Mulutnya asyik menyanyikan lagu entah apa. Hilangkan stress kata orang.... Lol.  Langkah kaki laju menuju ke biliknya.


“Baru nak balik ke pak...”


Mata memandang tuan empunya suara gagak yang langsung tak merdu itu. Dia buat muka. “Sibuk bro. Ada life.”


“Ceh... macam kitorang tak ada life pula.” Firas geleng kepala tengok Joe yang acah perdana menteri tu. “Daniel tu president. 
Rilek aja aku ten...Aww!” Firas menggosok kepala yang baru lepas diduku Daniel. “Sesuka hati cakap aku rileks...”


Joe ketawa. Gasak kaulaa...


“Joe, kelas dah settle ke?


“Belum.”


“Er... cepat sikit. Sebab semua performance dah confirm dah. Hari Khamis nanti aku ada meeting.”


Joe hembus nafas. “Yeah.. we have both mat saleh dengan pontianak, that’s why lah lembab nak mampus.”


Daniel ketawa. “Pontianak bukan boleh terbang ke? Kau tambah booster laju lah dia.”


Joe gelak. “Bagus gak idea tu. Nanti esok aku buat.” Menguap. Kaki melangkah masuk bilik. Nampak Romeo tengah bergayut. Untunglaaa boleh gayut. Ceh! Kertas yang berada di tangan dia letak tepi meja. Badan dihempas ke tilam. Nikmatnya...


“Yeah.. Dont worry. I will.” Dan bila mak kau dah bercakap dalam telefon. Kau rasa apakah yang akan kaum ibu buat? Membebel.Ya. Tepat sekali. Macam tu juga Mummy Romeo. Tahan telinga aje la. “Okay. You too take care.” Dan pesanan yang sama mereka akan ulang. Kita sebagai anak pasrah mendengar. Ya. Semua sebab mereka sayang. “Love you too... Assalamualaikum.” Selesai, phone dicampak.


“Untunglaaa ada awekk...” Joe buat muka. Saja cari gaduh.


“Eh! Bila kau balik?”


“Tadi. Baru je.” Dia mengurut tangan kanan. “Kau mana nak perasan. Tengah gayut kan... Its okay, aku faham. Aku sorang je yang tak laku.”



Romeo juling mata. “well awek yang aku gayut tadi, aku rasa semua orang pun ada.”


Mata Joe terbeliak. “Curang ke?”


Senyap tiga saat. Bunyi jam berdetik.


Tawa Romeo pecah. “Hotak kau la... Its my mother, alright.”


O..kay... kenapa dia gelak? Joe tak faham, tapi dia buat-buat faham. Mungkin  bagi Romeo benda tu kelakar. Tapi.. “Kau apasal macam orang hilang nyawa? Aku yang melambak kerja ni pun tak macam kau.”


Romeo bangun dari baring dan duduk di atas katil. “Heard anything today?”


“What?”


“Serious kau tak dengar pasu pecah-pecah?”


Joe juling mata. “Oh that one... Anak pengetua tu dah balik la tu.”


Mata Romeo terbeliak. “What?”


Joe menguap. “Kau tak payah nak ‘What’ sangatlah! Haish kecohlah sekolah ni nanti.”


Romeo masih lagi terkebil-tebil “”Jap. Aku tak paham. Anak pe..”ngetua... sambung dalam hati je lah. Joe dah selamat kembali ke alam, bukan alam barzakh tapi alam mimpi. Siap dengkur dan korek hidung. Dan tahi hidung tu dia siap boleh jentik. Euwww... Romeo ambil bantal dan campak kat muka Joe.


“Pengotor!”


Padanlah suka Aya. Dua-dua sama je. Apalah nasib aku kenal dengan orang macam ni. Pasrah.




___________________________________________________________________ 







PS: dear readers, well, i have ended my studies. Yeahaaa!... for now. Hehe... all the graduation event comes later. But the point is, i doenst know what i am supposed to say for this super duper late episode. Lol. I am sorry, of course. But i guess, saying sorry repeatedly is not good though. I will try my best in continuing writing episodes for this little story of mine. Writing and me is not a very good friend i guess. Because we hate each other. Lol. And the reason why  im writing is because this is the present requested by my friend. And okay. Romance comedy. Im not really into it. But okay. Just go with the flow. Cetusan Ilham dari Yang Esa. Semoga writer dapat habiskan cerita yang tahpape. Amin.


0 Comments:

Post a Comment